 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
JURUGAMBAR PERKAHWINAN
 By: rudy Azwan Sairan
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Tuesday, 6-Jan-2009 03:22 |
Email | Share | Bookmark |
|
Selamat Tinggal’08, Selamat datang’09
|
|
Tahun 2009 baharu sahaja muncul. Apa yang menariknya tahun ini untuk saya ialah azam 2008 banyak terlaksana. Yang paling best antara azam-azam yang terlaksana ialah dapat berkahwin dengan gadis pilihan, chewah…Dalam perniagaan fotografi pula, saya dah mula dapat ‘jobs’ wedding daripada hasil usaha sendiri yang mana sebelum ni saya hanya dapat ‘wedding jobs’ daripada mak andam dan butik-butik pengantin. Alhamdulillah, bermula tahun ini saya dah melangkah setapak dalam mewujudkan empayar Rudy Azwan dalam bidang fotografi perkahwinan di Malaysia. Saya dah boleh bergerak untuk mencari pelanggan sendiri dengan bantuan blog dan fotopages saya ini. Insyaallah dalam ‘planning’ 2009, saya akan menggunakan medium pengiklanan bercetak untuk meluaskan empayar fotografi perkahwinan saya pula.
Untuk tahun 2009 ini saya sudah planning untuk membuat temujanji dengan bakal pelanggan 7 kali seminggu, jadi ke tak untuk ambil pakej saya itu terpulang kepada pelanggan, yang penting saya dapat ‘face to face’ dengan bakal pelanggan yang mana saya dapat tunjukkan hasil kerja saya yang boleh disentuh daripada hanya dapat dilihat di internet sahaja. Dan dari situ juga saya boleh berkomunikasi dan berkongsi tips-tips untuk majlis perkahwinan kepada pelanggan. Dan ini juga dapat menambah kawan baru!..
1000 tahun terima kasih!
Terima kasih kepada isteri yang memberi semangat tak henti-henti, terima kasih kepada keluarga yang memegang tulang belakang saya untuk terus berjuang, terima kasih kepada para pelanggan yang yakin dengan hasil kerja saya dan tak henti-henti ‘promote’ hasil kerja saya kepada rakan-rakan anda, terima kasih kepada pembaca blog saya yang sudi mencuri ‘office hour’ anda untuk membaca blog ini, terima kasih kepada rakan-rakan perjuangan fotografi yang selalu ada masa untuk minum teh tarik sambil berkongsi ilmu, terima kasih kepada ‘Tag Along’ yang sudi habiskan masa ‘weekend’ anda untuk pergi ‘wedding shoot’ bersama saya, terima kasih kepada Azizi Ali ,saya dah habiskan membaca 4 buah buku anda tahun lepas (setiap buku saya ulang membacanya 2 kali). Terima kasih juga kepada orang-orang yang tak jemu-jemu mengutuk dan memburukkan hasil kerja saya, disebabkan anda saya masih lagi kuat berdiri di sini.
Selagi ada sokongan daripada anda semua, selagi itu blog ini akan di update dan selagi itu anda akan lihat saya bekerja sebagai seorang ‘Jurugambar Kahwin jalanan’ di kampung-kampung dan bandar-bandar juga. Selagi itu mata kiri saya akan melekap pada viewfinder D200 saya di samping menghurung sana sini lens 17-55, 80-200, 10-20 saya yang berat-berat tu.Saya berharap tahun 2009 ini menjadi tahun yang lebih baik untuk saya, isteri saya, keluarga dan anda semua, insyaallah.
Kepada semua pelayar-pelayar blog saya, selamat tahun baru 2009! Semoga dapat melaksanakan azam tahun 2009 dengan jayanya!.
Cheers!
Need A Wedding Photographer?
Rudy Azwan Sairan
012 249 3176
www.rudyazwan.com
http://roodee.fotopages.com
E-mail | rodee_81@yahoo.com
YM | rudieazwan
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|